NAJIB TAKUT...?
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhati-hati susulan keputusannya mahu menyaman The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berbilion ringgit disalurkan ke akaun peribadinya, dengan peguam berpendapat adalah kurang bijak bagi Najib dan penasihat perhubungan awamnya menyerang media kalau mahu mendapatkan sokongan di "mahkamah rakyat"....
#Mereka berkata Najib perlu berdepan isu disiarkan akhbar ternama itu, atau menuntut penarikan balik artikel dan permohonan maaf sekiranya laporan itu tidak tepat, sebelum mengambil tindakan undang-undang....
#Peguam Ang Hean Leng berkata, pemimpin tempatan seperti Tengku Razaleigh Hamzah pernah memenangi saman terhadap penerbitan asing kerana menjejaskan reputasinya dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF)....
#"Pilihan seperti itu terbuka kepada Najib untuk menentang WSJ dan saman boleh difailkan di Kuala Lumpur atau Amerika Syarikat," katanya....
#Bagaimanapun, sekiranya perdana menteri ingin memfailkan saman di luar Malaysia, beliau perlu menyerahkannya kepada bidang kuasa undang-undang asing....
#Ang mengulas siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa menyalurkan berbilion ringgit ke akaun peribadi perdana menteri seperti disiarkan WSJ dan Sarawak Report....
#Kedua-duanya memetik dokumen mengenai siasatan 1MDB yang kini dijalankan kerajaan Malaysia, dengan Sarawak Report mendakwa Peguam Negara turut sedar akan perkara itu....
#Dokumen itu menunjukkan US$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan antara agensi kerajaan, bank, dan entiti berkaitan 1MDB sebelum disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan, kata WSJ....
#Akhbar berkenaan berkata, transaksi terbesar bernilai US$620 juta, manakala sebuah lagi akaun menerima US$61 juta pada Mac 2013, 2 bulan sebelum pilihan raya umum dijalankan....
#Putrajaya menafikan laporan tersebut, dan bertegas Najib tidak pernah menggunakan mana-mana dana awam. Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan Najib akan mengambil tindakan undang-undang menyaman WSJ....
#Ang, bagaimanapun berkata, media boleh menggunakan pertimbangan, laporan adil dan pengesahan sebagai pembelaan terhadap tindakan saman....
#Beliau berkata, laporan itu mendapat perhatian umum dan media boleh melaporkan berita sedemikian, namun perlu bertanggungjawab....
#Ang berkata, Najib juga boleh memfailkan saman di Kuala Lumpur kerana reputasinya lebih tercalar di Malaysia berbanding kawasan lain....
#"Lebih-lebih lagi, laporan itu dipaparkan melalui internet dan dimuat turun di Malaysia," katanya, dan menambah, ganti rugi kemusnahan yang besar boleh diberikan jika beliau berjaya membuktikan kesnya....
#Peguam S. N. Nair berkata, sebagai ahli politik, pilihan yang Najib ada adalah memperjelaskan laporan WSJ....
#"Saya yakin penerbit akan memuat naik versi perdana menteri melalui akhbar atau laman portal atas talian selari dengan prinsip keadilan," tambahnya....
#Nair berkata, Najib boleh meminta penarikan balik laporan tersebut dan jika ia palsu, permohonan maaf boleh dilakukan....
#"Namun jika penerbit membuat laporan menyesali tindakan mereka, tiada yang boleh menghalang Najib daripada memfailkan saman. Hanya dengan itu, pampasan akan diberikan, namun lebih rendah kerana defenden mengakui kesilapannya tanpa bertangguh," katanya....
#Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, bagaimana pun menyifatkan tindakan mengemukakan saman adalah sia-sia kerana penjelasan sudah memadai....
#"Najib perlu menggunakan saluran yang ada, termasuk WSJ bagi meyakinkan orang ramai tiada yang ingin disembunyikan," katanya....
#Paulsen berkata, tindakan menyerang media terutama organisasi yang mempunyai reputasi tinggi adalah kurang bijak....
#"Laporan itu dikeluarkan WSJ dan bukan daripada blog yang ada kredibiliti dan boleh dipertikaikan profesionalismenya," katanya.
#Paulsen berkata, pemimpin politik seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron, tidak menyaman media yang menerbitkan berita kepentingan awam....
#"Akhirnya, talian hayat ahli politik bergantung kepada pendapat umum mengenai mereka. Jadi, lebih baik bekerjasama dengan media," katanya. – 4 Julai, 2015.....
sumber : themalaysianinsaider
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment