KELAB BAWAH 13 MALAYSIA



#Marbella, Spain 27 Jun 2015 : Pasukan Bawah 13 tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), muncul juara kejohanan bolasepak Iber Cup Costa De Sol 2015  setelah menewaskan pasukan Sporting Lisbon 2-1.......

#2 gol yang dijaringkan oleh Luqman Hakim Samsudin dan Mohd Hariz Mansor sudah cukup untuk membawa pasukan bimbingan ketua jurulatih, Lim Teong Kim, untuk muncul juara buat kali pertama.....

#Walaupun tidak diberi sebarang harapan sebelum bermula kejohanan, skuad yang berpangkalan di Gambang, Pahang menewaskan beberapa kelab-kelab terkemuka dunia antaranya pasukan FC BARREIRENSE B13 pada perlawanan suku akhir dan pasukan Sevilla FC B13 di perlawanan separuh akhir.....

#Semoga dengan kemenangan ini membawa sinar dan harapan kepada pasukan bolasepak Malaysia dan diharapkan pemain-pemain skuad bawah 13tahun ini terus dijaga bagi memartabatkan sukan bolasepak di negara kita.
Dari meja Editor Sukan Malaysia, Tahniah Skuad Bawah 13tahun Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).....!


0 comments:

Post a Comment