EMMA TAK BERPELAJARAN



#Sebelum ini, Emma Maembong pernah menjelaskan bahawa walaupun tidak mempunyai sijil SPM, dia mampu menyara keluarganya sekaligus mencetuskan pertikaian di antara peminatnya yang tidak senang dengan kenyataan tersebut....

#“Sebenarnya apa yang orang lain sampaikan atau perkatakan itu salah faham saja. Saya maksudkan walau pun saya tak sekolah. Tiada pendidikan. Tak bermaksud saya ini duduk rumah dan tak fikirkan masa hadapan. Saya bukan contoh buruk supaya budak-budak tak ambil SPM....”

#“Tidak pernah niat begitu. Orang kalau dah benci saya dia benci juga. Saya bukan bagi galakan supaya orang tak sambung belajar. Saya ada masalah keluarga saya. Ada masalah diri saya. Saya nak bagi semangat pada orang luar sana yang mana tak ada keluarga, kosong, tapi bukan tak boleh ke hadapan....”

#“Ada banyak cara untuk berjaya dalam hidup,” jelas Emma sambil menjelaskan bahawa dia bukanlah berasal daripada keluarga yang senang.....

#“Saya bukan lahir dari keluarga yang senang. Saya dari keluarga yang susah. Jadi saya tak mampu. Saya ada kekurangan saya. Takkanlah disebabkan orang tak ada pelajaran tak perlu hormat atau diperbodohkan. Walau pun saya tak ada pelajaran, tapi saya bukan duduk rumah goyang kaki...”

#“Masa depan tidak gelap kalau tak ada pelajaran. Rupa ke apa ke tak ada kena mengena kerana apa yang penting adalah usaha. Saya tak kisah orang nak cucuk saya atau buat apa pun kerana saya tetap akan ke depan. Saya akan jaga ibu ayah saya. Saya harap tak ada yang fikir negatif,” katanya....


0 comments:

Post a Comment