#KENAPA SUAMI CARI LAIN ?
#KENAPA SUAMI CARI LAIN DAN BAGAIMANA MENANGANINYA
Sememangnya pasangan suami isteri semasa mula-mula kahwin dahulu mempunyai niat yang satu iaitu mendapat kebahagian hidup bersama dan membina rumah tangga yang bahagia. Namun pada hakikatnya sekali air bah pantai akan berubah. Itulah reality dalam kehidupan. “Sedang lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri” . sememangnya dalam melayari bahtera rumah tangga akan di timpa gelora dan badai. Perselisihan faham suami isteri itu adalah perkara biasa bagi setiap pasangan.....
#Walaubagaimanapun jika suasana perbezaan pendapat yang sedikit itu jika dibiarkan akan membolehkan berlaku konfrantasi yang berpanjagan dan lama-kelamaan akan timbul hasrat pasangan untuk mencari tempat bermanja yang lain ? minta di jauhkan....
#Jika di teliti punca suami mula mencari yang lain boleh dikatakan sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh perangai dan tindak tanduk isteri itu sendiri yang membolehkan hubungan cinta dan kasih sayang suami mulai pudar dan hambar. Kajian yang dijalankan oleh pakar didapati beberapa faktor berikut merupakan sebab utama suami mencari yang lain....
#1. ISTERI SUKA MENCABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Lelaki memang pantang dicabar. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita.Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” JANGAN CABAR LAKI… nanti laki buat betul-betul, padan muka. isteru juga yang akan putih mata…merana dan sengsara lah jawabnya....
#2. ISTERI BERPERAGAI CABUL
Cabul ni ini bukan cabul yang itu (ala…cabul ni bukan kes g raba2 tu) tapi cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua… Ingat…mertua tu sama macam ibubapa kita…suami akan marah dan terasa hati bila ibu bapanya di momok dengan ungakapan yang kurang seopan oleh isteri....
#3. ISTERI ABAIKAN MENGHIAS DIRI
Kalau harap muka je cantik tapi comot, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya pun selekeh… laki tengok pun tak de selera.Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. Time keluar berjalan baru nak mekap… Tu untunglah kalau berjalan nak bermekap… ni muka macam baru bangun tidur… malu laki nak jalan sama…
macam jalan dengan makcik2 je… Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yang comel-comel je… ermmm hati mana yang tak tertarik....
#4. ISTERI CELUPAR
Wanita yang cantik manapun kalau mulut celupar nampak hodoh. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. Bergurau biarlah berpada-pada jangan sampai tahap celupar yang menyakitkan hati suami.
Isteri sepatutnya bercakap secara sopan dan berlemah lembut terhadap suami sebagaiman di tuntut oleh Islam....
#5. CEMBURU BUTA
Cemburu tu memang perlu ada dalam sesuatu hubungan. Tetapi jangan terlampau cemburu. Atau cemburu buta. Wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja… Suami baru balik kerja dah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan…isteri dah mula hilang kepercayaan kat suami… Queen Control yang melampau membautkan suami cabut lari dan mendapangi wanita lain di luar sana....
#6. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan lelaki benci kerana situasi sebegini. Nak keluar pergi beli ikan jer pun tapi bersiap macam nak buat konsert....
Perhubungan rumahtangga itu penting dan perlu dijaga dengan kukuh kerana perkahwinan itu sangat mulia. Kesihatan pun kena jaga… makan vitamin yang boleh membantu kesihatan diri… macam-macam produk ada dipasaran sekarang ni…. bila badan mantap, tak berkedut sana sini...barulah laki nampak cum…. haaa..barulah comel suamipun selalu ingin bersama isteri yang pandai menjaga keterampilan diri.....
#7. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Jangan asik nak membebel je… lepas tu muka merusu-rusu… buruk perangai..jangan terlampau cerewat sangat, mana-mana perkara yang boleh tolerate berilah kelonggaran, jangan asik hendak perfact sepanjang masa. Perlu di ingat lelaki lebih simple dan apa yang lebih dipentingkan adalah fungsinya bukan tertumpu kepada kecantikan sepenuhnya....
#8. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, jaga anak cincai, kemas rumah cincai. Paling tak pun kat rumah tu hiaslah sikit… ni lapang macam padang bola….dan satu lagi suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
#Lebih sedih bila suami minta air kopi di suruhnya buat sendiri, dikatakan dirnya letih, sibuk, banyak kerja entah apa-apa ...?
#TIPS ATASI MASALAH DIRI/PERHUBUNGAN...
#Bila dah terkena tu belajar-belajarlah muhasabah diri, jangan mengeluh dan memaki-maki macam orang lupa diri. Bukan tak boleh merungut..tapi berpada-padalah kan. Masalah dalam kehidupan memang sentiasa ada, yang kita sebagai manusia perlu bijak untuk menguruskan masalah kita supaya tidak menjadi lebih berat. Tuhan menurunkan dugaan untuk menjadikan kita matang dan ingat kesilapan diri. Kekadang tuhan menurunkan sedikit musibah sebagai balasan terhadap dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan… semak diri sendiri…bukannya kita ni baik sangatpun…tapi sekurang-kurangnya kita bersikap professional dan bijak menanganinya... ..
#1. Muhasabah diri
Muhasabah diri sangat penting setiap kali kita ditimpa masalah dan dugaan. Lihat di mana silap kita sehingga diturunkan musibah dan dengan cara itu kita lebih tenang untuk menghadapi cabaran tersebut.Bila dah dapat mengesan punca kesilapan cepat-cepat perbtulkan, bertaubat dan berazam untuk baiki diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di depan hari....
#2. Jangan Salahkan Orang lain
Perkara yang paling harus dielakkan adalah dok menyalahkan orang lain je setiap kali masalah timbul. Cari kesilapan diri terutama dalam perhubungan antara manusia mahupun hubungan suami isteri. Jika kita berganduh sesama pasangan, elakkan mancari salah pasangan kerana ia akan mengeruhkan keadaan. Lihat diri kita, adakah kita sudah menjadi yang terbaik untuk si dia. Jangan asyik kata, dia tak bagus untuk kita....
#3. Lihat masalah secara positif
Sebagai contoh, sekirannya kita tersepak batu dan kaki kita sakit, selain daripada mengerang, tak kan kita nak salahkan batu itu sedangkan kita yang menyepaknya. Daripada memarahi sekeliling, lebih baik kita ucapkan syukur kerana tuhan hanya bagi kita sakit dihujung jari dan mungkin berdarah sedikit sedangkan ada yang lain, diturunkan dugaan sehingga hilang sebelah kaki. Maknanya, bila kita memikirkan masalah orang lain lebih berat dari kita, kita akan lebih bersemangat untuk mengharungi kehidupan dengan pelbagai dugaan. Bila datangnya dugaan, istighfarlah banyak-banyak semoga Allah akan beri jalan penyelesaiannya....
#4. Jangan samakan masalah kita dengan orang lain
Kita juga jangan menyamakan masalah individu lain dengan diri kita. Sebagai contoh, aku ada rakan yang bergaduh bersama suaminya dan meminta nasihat daripada seorang lagi rakan yang baru sahaja bercerai ekoran suami yang kaki perempuan. Dia meletakkan masalah dirinya menyamai individu kedua ini yang aku rasa masalah mereka jauh panggang daripada api. Bila kita meletakkan masalah diri kita terlalu berat, maka semakin sukar kita mencari jalan penyelesaian.
#5. Jadi pendengar yang baik
Cuba jadi pendengar pada masalah orang lain. Dengan cara ini kita boleh lebih memahami masalah duniawi dan menjadi lebih matang untuk menghadapi segala kemungkinan.
#6. Jangan lepas tangan.
Bila kita ada masalah..kita perlu cuba selesaikan masalah dan jangan mengambil konklusi terlalu awal. Jika masalah berhubungan perhubungan suami isteri, jangan terlalu awal untuk mengambil keputusan untuk bercerai..cari jalan penyelesaian. Jangan putus asa kerana pasangan kita adalah milik dan hak kita. Namun jika penceraian adalah jalan yang terbaik, kita harus redha....
#7. Belajar untuk memaafkan.
Kita perlu belajar memaafkan individu lain terutama pasangan kita. Kita perlu ingat semua pasangan menghadapi masalah yang sama cuma membezakan bagaimana kita menghadapinya. Jika kita rasa pasangan kita tidak sesuai atau tidak cukup bagus, perlu ingat bahawa kita dipasangkan oleh tuhan ada sebabnya.. Mungkin kita hanya layak untuk dapat pasangan yang begitu. Oleh itu, berbalik kepada tip 1 iaitu Muhasabah Diri....
#8. Perbaiki diri.
Bila kita sudah meneliti sedalamnya mengenai diri sendiri dan menjumpai kekurangan diri yang mungkin menjadi penyebab kepada masalah anda, cuba perbaiki diri. Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi punca kepada pergaduhan suami isteri kerana anda seorang yang suka menurungut, memaki atau mencari masalah, cuba kurangkan dan ikut kehendak pasangan kita. Sekiranya pasangan kita menyukai suami/isteri yang suka berhias, tidak salah untuk kita mengubah cara dan diri demi menambat kembali hati pasangan....
#9. Dekatkan diri dengan Allah.
Tiada cara yang terbaik untuk mencari ketenangan melainkan mendekatkan diri dengan
Allah.. Berdoa untuk kesejahteraan adalah digalakkan. Doa disertakan usaha..insyaallah....
#10. Buka minda
Yang terakhir..bukalah minda dan cuba mendengar nasihat daripada mereka yang terdekat. Kekadang nasihat rakan-rakan sangat berguna. Namun, harus berhati-hati, kerana nasihat rakan-rakan juga kita akan mencedurng melakukan kesilapan terbesar dalam hidup kita. Buatlah pertimbangan semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu keputusan....
#Semoga faktor yang dikemukan itu dapat dijadikan panduan untuk mengatasi perhubungan suami isteri yang hambar dan bermasalah. Isteri perlulah sentiasa menghisbah diri untuk membolehkan pada setiap masa dan ketika hati suami tertarik kepadanya dan sentiasa gembira bersam isteri. Sentiasa menjaga percakapan dan perhubungan dengan suami dan keluarga suami supaya kita sebagai isteri menjadi kesayanga suami dan keluaraga. Wanita yang bersopan santum dan pandai mengayakan penampilan diri bersesuaian dengan suasana persekitaran akan menjadai tumpuan pasangnya dan juga orang yang disekelilingnya ini membolekan dirinya sentiasa disukai dan dikasihi oleh suami dan saudara mara.....
#Jika menghadi masalah dengan suami cepta-cepat mengambil tindakan untuk memperbaiki diri dan menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Jika ini sentia diamalkan InsyaAllah akan bahagia bersama pasangan dan sentiasa bersama dalam apa jua keadaan.....
0 comments:
Post a Comment