ATIKAH IKUT KEKASIH


#Baru-baru ini, Atikah Suhaime baru sahaja mengeluarkan kenyataan bahawa tidak sengaja menonjolkan kekasihnya namun menurut sumber kepada portal Murai, pelakon baru itu didakwa sering dilihat keluar masuk di kediaman kekasihnya yang terletak di Cyberjaya.....

#“Eh, tak adalah, tak betul tu. Jahatnya orang yang buat cerita macam ni. Saya tak pernah pergi ke rumah sesiapa pun di Cyberjaya. Saya tak tahu siapa yang orang tersebut nampak yang pasti ia bukan saya”...

#“Saya juga tidak tinggal di kawasan yang disebutkan itu jadi saya rasa cerita ini sengaja diadakan untuk memburukkan nama saya. Saya tidak mahu mengulas lanjut apa-apa pertanyaan yang mengaitkan teman lelaki atau hal peribadi,” jawabnya kepada Murai....

#Menurut sumber, terdapat bukti CCTV yang menampakkan kelibatnya. Apabila ditanyakan tentang kebenaran adakah kondo yang disebutkan itu didiami oleh teman lelakinya, Atikah memohon untuk mengulas mengenai hal tersebut selain menyatakan tidak mahu terlalu mendedahkan hal percintaan kepada umum....

#“Buat masa ini saya mahu membina karier dan tidak mahu diganggu dengan kontroversi atau cerita sensasi yang mengaitkan dirinya,” katanya....


0 comments:

Post a Comment