#Tak habis-habis lagi kisah rumah tangga Rita dan Aidil nih, terbaru bekas isteri Aidil menuntut bayaran mutaah RM300 000 kepadanya. Kata Rita..... :
#"Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram.
Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak. Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lagi."
#Rita tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh Aidil dan kononya dia akan memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita......
#"Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat. Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu.
Selagi saya tak dapat apa yang saya nak, saya akan perjuangkan semua ini. Tak kiralah orang nak keji saya itu dan ini. Saya ada alasan konkrit."
#Terbaru alasan Aidil tidak mampu untuk membayar......
#Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan tanggal 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
0 comments:
Post a Comment